Memiliki rokok seludup akan menjadi suatu kesalahan undang-undang
PUTRAJAYA, 10 Dis (Bernama) --
Memiliki rokok seludup akan menjadi suatu kesalahan apabila Kementerian
Kesihatan menerima pakai pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau yang dijangka berkuatkuasa pada suku pertama tahun depan.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sedang
mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan termasuk orang
awam sebelum memuktamadkan cadangan pindaan tersebut.
"Rokok haram membanjiri pasaran tempatan dan ketika ini kerajaan hanya
mengambil tindakan terhadap pengeluar rokok tiruan dan penjual rokok
seludup.
"Berikutan pindaan ini, tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang
memiliki rokok seludup ini," katanya pada sidang media di sini Isnin.
Terdahulu, Liow menyaksikan majlis menandatangani kontrak usaha sama
antara dua syarikat Malaysia - OSA Niaga Sdn Bhd dan Straits
Orthopaedics Sdn Bhd., dengan Naton Medical Group, sebuah syarikat China
yang terbabit dalam bidang pembuatan produk ortopedik.
Rrokok seludup ini mendapat permintaan yang semakin meningkat pada masa sekarang adalah disebabkan harga yang lebih murah dan mampu dibayar oleh perokok berbanding rokok yang dikenakan cukai .Laporan dari CBS NEWS melaporkan penyeludupan rokok seludup ini sebenarnya didalangi oleh penjenayah di negara kita kerana ianya lebih menguntungkan dengan risiko yang lebih rendah.
Kita wajib membanteras aktiviti penyeludupan rokok seludup seperti jenama jenama John, Luffman yang diseludup masuk oleh sindiket jenayah dari Indonesia dan Vietnam dengan tidak membeli rokok seludup.
No comments:
Post a Comment