Simbol isyarat bateri terus menyala tidak padam selepas enjin dihidupkan.

Apabila lampu penunjuk bateri ni menyala pasti ada yang tidak kena pada sistem pendawaian kuasa,  komponen seperti fius ,   alternator  , dan  bateri) . Hanya 4 bahagian ini sahaja yang berkaitan dengan lampu penunjuk bateri ini.

Sebenarnya, keadaan dan cara lampu penunjuk itu menyala juga sudah memberi kita insyarat mengenai kerosakan yang di alami ketika itu.Apabila enjin telah dihidupkan sepatutnya simbol isyarat bateri ini akan terpadam tetapi jika ianya masih menyala bermakna kereta anda di dalam bermasalah.

Jika masalah ini berlaku maka ini menunjukkan ada kerosakan kekal kepada sistem kuasa kenderaan kita. Cara untuk memeriksa kerosakan adalah seperti di bawah :-



 
1) Cara memeriksa kerosakan Alturnator :
 Apabila enjin dalam keadaan hidup dan kita tanggalkan salah satu sambungan ke bateri. Jika enjin mati ini menunjukkan alturnator mengalami kerosakan. Jika enjin terus hidup ini menunjukkan alturnator masih dalam keadaan baik. 



2) Cara memeriksa kerosakan fius :
Biasanya kerosakan fius dapat dilihat dengan mata kasar dan kita boleh lihat jika wayar halus yang menjadi penyambung telah putus.




3) Cara memeriksa kerosakan bateri: 


Kita biasanya akan memeriksa bateri menggunakan Multimeter.Maka perkara paling asas sekali jika bateri tersebut sudah tidak berupaya untuk start enjin maka bateri itu sudah dianggap tidak berkuasa lagi. Dan yang paling penting dan mudah ialah kita geselkan hujung wayar yang disambung ke kepala bateri. Jika semasa geselan ( gesel hanya beberapa second sahaja ) mengeluarkan percikan api maka bateri itu masih dikira berupaya lagi.

No comments:

Post a Comment