Cara Membuat Serbuk Kapsul dan Jus dari Kulit Manggis

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Pernah anda makan buah manggis?Tentu pernah bukan.Rasa isi buah yang putih gebu dan manis pasti memukau sesiapa saja melihatnya. Kebiasaanya rutin masyarakat kita bila makan buah manggis,kulit akan dibuang begitu sahaja.Tahukah anda manggis mempunyai banyak khasiat terutama di bahagian kulitnya?

Yang pasti anda tentu terkejut dengan penemuan ini bahawa kulit buah manggis menpunyai khasiat yang tinggi dalam merawat pelbagai penyakit kronik amnya. Jadi admin ingin menrenagkan cara-cara bagaimana kita tidak membazirkan kulit buah banggis yang dimakan isinya tanpa perlu membuangnya di dalam tong sampah.

Khasiat kulit manggis telah digunakan secara meluas di serata dunia dengan menghasilkan pelbagai produk MLM seperti  Jus Manggis Vemma,Jus Manggis Shameli,js manggis BIOSTEEN dan lain-lain lagi. Yang pasti harga setiap botol dijual di pasaran Malaysia adalah agak mahal berbanding bekalan buah manggis senang didapati di Malaysia.

Admin boleh buat andaian bahawa punca harga produkjus  kulit manggis menjadi mahal kerana produk yang dijual bukanlah dari dihasilkan oleh syarikat tempatan sebaliknya dari luar negara maka tidak hairanlah harganya agak tinggi kerana pertukaran mata wang asing.
 Memandangkan kita ini kaya dengan buah mangggis, jadi ambil  peluang yang ada semasa musim buah manggis ini dengan menghasilkan dalam bentuk pil.

Terdapat dua cara untuk menghasilkannya iaitu :-

1. Kulit buang manggis ini adalah dengan mengambil  kulit bahagian dalam buah manggis dan dijemur sampai kering dan ditumbuk atau di kisar dijadikan serbuk dan kemudian masukkan ke dalam kapsul. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan.

ataupun


Ambil kulit itu dan hiris nipis-nipis macam asam keping dan jemur sampai kering.Bila-bila masa perlu, ambil air panas dan masukkan 2 atau 3 hirisan kulit manggis tersebut direndam buat seketika. Sedia di minum apabila menjadi suam. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

ataupun

  Ambil bahagian dalam kulit manggis dengan sudu dan pastikan tidak terkena bahagian kuning kulit kerana ianya pahit.Selepas itu,masukkan ke dalam pengisar dan tambah air serta madu.Nak bagi sedap lagi tambah ais kuib dan kisar bersama hingga sebati.Setelah siap dan kemudian tapis airnya dan boleh minum selepas itu.Pasti enak.jus kulit manggis buatan sendiri.


Selamat Mencuba.



No comments:

Post a Comment