Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Budjet Bawah RM 800 antara Lumia 720 VS Sony L? Mana pilihan anda

Sebenarnya admin masih tercari cari smartphone yang betul mampu dimiliki tanpa keluar duit sampai beribu-ribu walaupun hanya mampu memiliki Huawei G600 seperti post admin yang lalu .Walaupun terdapat kamera digital yang murah lagi berkualiti dan kecil yang mampu memenuhi keinginan bergambar pada setiap masa.Tetapi sejauh mana kamera digital akan diusung setiap minit,jam dan hari dalam kehidupan seharian kita?Jarang bukan kecuali handphone?

Handphone ini ibarat sebahagin hidup atau jantung kita dan kita akan bawa walaupun ke tandas sekalipun bukan..hehehehe. Jadi adalah wajar handphone kita memiliki kamera yang setanding dengan kamera digital yang mampu mengambil gambar dalam pelbagai situasi sama ada imej pegun,objek bergerak ataupun suasana malam dengan baik.Itu sebabnya admin cukup fanatik dengan Lumia 928 yang ada Xenon Flash ataupun Lumia 1020.Tapi sayangnya ianya bukan OS Android.tetapi Windows Phone 8.Cuma admin harapkan Sony/Samsung/LG akan keluarkan smartphone yang ada xenon flash yang akan memberi saingan kepada Nokia dalam persaingan harga yang lebih kompetetif.Tetapi harus diingatkan bahwa setakat ini Xenon Flash yang dikeluarkan oleh Sony dan Nokia adalah berkualiti setanding dengan kualiti flash kamera digital berbanding jenama lain.

Agak panjang mukadimah post ini..hahahha. oklah kita berbalik kepada cerita kita.Admin mencari cari smartphone yang budjet sedang sedang yakni bawah RM800 dan terjumpa 2 smartphone ini iaitu Lumia 720 dan Sony Xperia L.Mari kita lihat yang manakah lebih berbaloi dimiliki dengan fokus aspek fotografi sebagai keutamaan.

PERBANDINGAN ANTARA LUMIA 720 VS SONY XPERIA L
 
Lumia 720

Sony Xperia L



ASPEK SKRIN LAYAR
Nokia Lumia 720 menggunakan layar IPS LCD dengan resolusi 480 x 800p dan kerapatan layar 217 ppi.

Sony Xperia L memiliki layar dengan luas 4,3 inci FTT LCD dengan resolusi sedikit lebih besar dibandingkan Lumia 720, yaitu 480 x 854p. Ia memiliki kerapatan piksel 228 ppi.
Kesimpulan :  Lumia 720 menang dari saiz skrin

PROSESSOR
Xperia L dan Lumia 720 menggunakan prosesor yang sama, iaitu Qualcomm dua inti Krait 1GHz. Keduanya dibekal unit pemrosesan grafis (GPU) Adreno 305. Namun, versi chipset prosesor yang digunakan adalah berbeza: di mana Xperia L memakai varian MSM8230 dan Lumia 729 versi MSM8227.
Kesimpulan :  Seri


SISTEM OPERASI
Lumia 720 menggunakan platform Windows Phone 8 milik Microsoft. OS ini hanya memiliki aplikasi lebih 150 ribu --jumlah yang sedikit jika dibandingkan Google Android yang tersedia aplikasinya mencapai lebih 700 ribu dan Sony Xperia L menggunakan OS Android 4.1.2 Jelly Bean versi terkini.
Kesimpulan :  Kalau berdebat isu OS,setahun tak habis.Jadi terpulang kepada individu pilihan OS yang diminati.Sama sama ada kelebihan dan kekurangan.

RAM
Nokia membenamkan RAM 512 MB pada Lumia 720. Sedangkan Sony menggunakan RAM 1 GB untuk memacu Xperia L.
Kesimpulan :  Sony Xperia L mempunyai kelebihan berbanding Lumia 720 walaupun dikatakan 512Mb sudah cukup smooth namun kita perlu padang jauh dengan aplikasi yang semakin berat mungkin 512mb makin tidak relevan.Setakat ini Smartphone OS android dengan minima 1Gb RAM adalah wajib dan kurang daripada itu adalah tidak mencapai kehendak masa ke hadapan..


KETAHANAN BATERI
Lumia 720 memiliki kapasitas bateri lebih besar, iaitu 2000mAh dibandingkan Sony Xperia L yang hanya 1759mAh.
Kesimpulan :  Lumia 720 menang dari segi ketahan bateri

SAIZ DAN BERAT
Lumia 720 berdimensi bodi 127,9 x 67,5 x 9,0 milimeter dengan berat 128 gram.Xperia L memiliki dimensi bodi 128.7 x 65,0 x 9,7 milimeter. Badannya yang lebih besar membuat ia lebih berat dengan 137 gram.
Kesimpulan :  Lumia 720 menang lagi

KONEKTIVITI
Keduanya memiliki konektivitas NFC, Bluetooth (Lumia versi 3.0 dan Xperia L versi 4.0 dengan A2DP), Wi-Fi. Xperia L memiliki slot micro USB versi 2.0.
Kesimpulan :  Seri

STOR PENYIMPANAN
Keduanya memiliki ruang penyimpanan internal 8 GB dan ada slot microSD. Lumia 720 slot microSD ditambah hingga 64 GB dan Xperia L hanya  di 32 GB
Kesimpulan :  Lumia 720 menang lagi

KAMERA
Lumia menggunakan kamera resolusi 6,1 megapiksel dengan lensa eksklusif Carl Zeiss dan kamera depan 1,3 megapiksel yang bisa merakam video HD manakala Sony Xperia L memakai lensa kamera yang  resolusi 8,0 megapiksel dengan sensor Exmor R dan saiznya aperture f/2.4. Namun, kamera depan masih menggunakan VGA.Apa yang hebat tentang Lumia 720 sensor kamera ialah saiznya aperture f/1.9 yang merupakan antara terbesar di antara smartphone di pasaran. Bukaan aperture f sebesar ini membolehkan lebih cahaya jatuh ke atas sensor kamera, yang sebaliknya akan lebih kaya gambar cahaya yang rendah dan cepat memberi tumpuan sebagai lebih cahaya jatuh pada sensor.
Kesimpulan :  Seri. Kualiti imej bukan dikira melalui jumlah megapixel sebenarnya tetapi dilihat dari kualiti lensa dan juga enjin pemprosesannya.Jadi jangan terpedaya dengan helah mereka lagi tinggi megapixeladalah lebi baik kualiti gambar. Bullshit !!! 

Contoh  sample gambar,anda boleh lihat di link di bawah:-

Nokia Lumia 720

http://gizmoreport.com/nokia-lumia-720-low-light-photo-captures/

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151440616936523.1073741829.143841031522&type=3

http://unleashthephones.com/2013/05/22/nokia-lumia-720-high-end-camera-performance-on-a-budget/

Sony Xperia L

http://www.expertreviews.co.uk/smartphones/1299982/sony-xperia-l

http://www.notebookcheck.net/Review-Sony-Xperia-L-Smartphone.95210.0.html


Kesimpulannya, secara mudah kita melihat Lumia 720 menang di atas kertas.namun bersediakan kita untuk bertukar OS.Bagi yang point base memilki handphone kerana games mungkin sukar nek beralih OS.tetapi bagi pengguna biasa fokus pada sms,internet dan fotografi mungkin ada baiknya ada bertukar citarasa. Bagi admin kalau ada budjet sekali pun admin akan pilih android kerana takut menyesal kemudian hari.Akan tetapi kalau admin dapat free Lumia 720, ingin juga merasa keebatan WindowPhone 8 yan dikataka  super smooth  dari android.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca