Pemilik laman web www.jiwang.org diberkas KPDNKK

PUTRAJAYA 18 Jun - Pengusaha laman web popular muat turun dan muat naik muzik secara haram, www.jiwang.org (JWG), yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan.

Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguat kuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas.

"Laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman web JWG.

"Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment