Memiliki senjata tiruan, senjata buatan sendiri adalah salah di sisi undang-undang

Obsesi rakyat Malaysia yang gemar menyimpan koleksi pistol dan senapang tiruan terutamanya dari negara jiran samada membawa masuk secara rahsia atau membeli secara internet bakal padah jika ditangkap
oleh pihak berkuasa kerana ianya yang merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang di Malaysia.

Senjata api tiruan berbentuk senapang atau pistol disalah guna penjenayah untuk menakut-nakutkan mangsa atau melakukan jenayah seperti peras ugut. Hampir 90 peratus senjata tiruan yang dijual di pasaran menyamai senjata tulen, bentuk luaran, saiz, kelongsong dan kelopak peluru dan warnanya menyamai warna asal senjata tulen.

Senjata berkenaan juga boleh diubah suai untuk menggunakan peluru seperti bebola besi atau guli yang mampu mencederakan atau meragut nyawa. Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, individu yang memiliki senjata tiruan, buatan sendiri mahupun permainan yang menyamai senjata tulen boleh ditahan dan disiasat sekiranya disyaki membabitkan isu keselamatan. “Kalau seseorang itu menyimpan apa saja bentuk senjata api (tiruan, buatan sendiri dan permainan), sekiranya ia menyerupai dan berfungsi seperti senjata tulen, ia satu kesalahan,”


Hukuman

1 Memiliki senjata yang menyerupai senjata tulen boleh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun, atau denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

2 Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan boleh dikenakan hukuman sehingga satu tahun penjara atau denda sehingga RM5,000 atau kedua- duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

3 Seksyen 6, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, seseorang yang didapati bersalah kerana menunjukkan senjata api tiruan dalam melakukan suatu kesalahan berjadual boleh dipenjarakan hingga 10 tahun dan tidak kurang tiga sebatan.

No comments:

Post a Comment