Film Langgar Full Movie Review Download

Filem Langgar arahan Syed Hussein Syed Mustafa (Sein Ruffedge) terbitan Tayangan Unggul ditayangkan dipawangan mulai 11 April, 2013. Langgar dibarisi pelakon hebat seperti Adi Putra, Nam Ron, Hans Isaac, Khir Rahman, Natasha Hudson dan ramai lagi. Filem arahan pertamanya mampu mengutip RM1.5 dalam tempoh seminggu tayangannya.
Sinopisis filem Langgar bermula apabila Nizam (Adi Putra) yang ingin membalas dendam apabila isterinya Aina (Nadia Heng) serta anak di dalam kandungannya dibunuh secara kejam oleh sekumpulan gangster kerana kegagalan Aina membayar hutang yang dibuat oleh bapanya.
Nizam yang menghadapi trauma selama hampir dua tahun kembali untuk menuntut bela di atas kematian mereka. Hutang darah perlu dibalas dengan darah.
Misi pertama beliau adalah untuk memasuki salah satu kumpulan gangster dengan bantuan rakan baiknya Khairul (Bell Ngasri) dan diperkenalkan dengan geng Radzi (Nam Ron). Sebelum boleh memasuki kumpulan tersebut secara rasminya, Nizam harus berhadapan dengan orang kanan Radzi iaitu Loy (Zul Huzaimy).
Pengarah Filem Langgar
Tugasan pertama Nizam adalah untuk mengutip hutang-hutang lama yang gagal diselesaikan. Hasrat Nizam untuk membalas dendam dipermudahkan apabila Radzi masih mempunyai urusan dengan Jimi (Hans Isaac) yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah dan juga Mail Parking (Khir Rahman) yang dahulunya seangkatan dengan Jimi dan Radzi tetapi membuat kacau apabila Radzi dinaikkan pangkat.
Walaupun mereka berpecah belah, tetapi mereka tetap di dalam kumpulan gengster yang sama yang diketuai oleh Mr. King (Daniel Wong) dan penasihatnya iaitu Uncle Yew (Collan Koo). Nizam sengaja membuat mereka bermusuh sesama sendiri dan menimbulkan kekecohan.
Berjayakah nizam membalas dendam? Puaskah Nizam setelah dendam terbalas? Ikuti cerita seterusnya dengan menonton Filem Langgar. 
 
 
 

No comments:

Post a Comment