Khasiat Green Tea / Teh Hijau Untuk Kesihatan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah anda dengar teh hijau? Jarang rakyat Malaysia yang mengamalkan minuman teh hijau sebagai rutin harian.Kebanyakkannya lebih fokus kepada teh biasa,kopi atau minuman coklat sebagai minuman pilihan. Namun begitu,teh hijau adalah satu jenis teh yang banyak manafaat ke atas kesihatan anda.
Banyak kajian telah dilakukan ke atas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan  adalah:

Membantu mengawal tekanan darah tinggi

Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
 Membantu mengawal paras gula darah
Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.
 
Membantu dalam sesetengah penyakit barah
Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
Menguatkan sistem imun
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
 
Menurunkan aras kolesterol
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
 
Menggalakkan pembakaran lemak
Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadaman.

Kesimpulannya, bagaimana untuk mendapatkan teh hijau? Anda tidak perlu bimbang kerana di Malaysia,anda boleh dapatkan teh hijau di kedai runcit ataupun supermarket berdekatan. Contoh jenama yang dikenalpasti adalah seperti di bawah ini.
Selamat Mencuba !!!

No comments:

Post a Comment