Kebaikan Rumpai Laut.Kering @ Dikenali Pure Marine Collagen / Ibu Collagen / Sea Bird Nest


Rumpai laut kering atau seaweed yang juga dikenali sebagai  Ibu Collagen , Sea Bird Nest , atau Pure Marine Collagen dari semporna sabah.

Khasiat dan Fakta menarik tentang Rumpai Laut ini adalah :-

  • Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).

  • Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.

  • Alkaline dalam rumpai Laut tinggi adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi juga mengandungi kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc ianya cukup untuk keperluan kita.

  • Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan dan sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah.

  • Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

  • Beberapa jenis rumpai Laut bertindak sebagai agen detox.Yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui najis.

  • Ekstrak rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.

  • Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.

  • Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.

  • Rumpai Laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas Hidrogen Sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

No comments:

Post a Comment