Cara Penyediaan Jelly Rumpai laut



Di sini akan diterangkan cara penyediaan  rumpai laut.Langkah-langkah adalah seperti berikut :-
  • Basuh rumpai laut seperti basuh beras 5-6 kali, untuk membuang sisa garam air laut yang masih melekat pada rumpai laut.
  • Lepas itu rendam rumpai laut yang telah dibasuh antara 3-8 jam (elakkan rendam semalaman kerana khasiat rumpat akan berpindah ke air rendaman, memang rumpai laut akan jadi agak berbau, kerana ia adalah tumbuhan dalam air laut)
  • Tapis air rendaman tadi dan basuh rumpai laut ekali lagi, lebih kurang 2-3 kali. (Air rendaman boleh digunakan untuk merendam kaki atau dijadikan mandian)
  • Campur rumpai laut dengan 1.5 liter air kosong  ke dalam periuk untuk direbus (saya selalu campur dengan 2.5 liter air atau sampai rumpai laut hampir cair, lebih banyak dan lebih jimat. Rumpai laut akan mengeras lepas disejukkan dalam peti sejuk)
  • Ketika merebus, boleh letak daun pandan untuk hilangkan bau hanyir.

  • Biarkan rebusan rumpai laut disejukkan seketika sebelum di masukkan ke dalam bekas yang ada penutup.Bekas ais krim pun boleh.

  • Sejukkan dalam peti sejuk.Tetapi jangan letak dalam sejuk beku.
  • Ketika hendak makan, bolehlah ambik 3-4 sudu besar dan campurkan dengan air kordial. Dicadangkan diambil ketika pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur.
  • Elakkan meminum kafein dalam tempoh 4 jam sebelum dan selepas mengambil rumpai laut (lebih baik elakkan terus)
  • Banyakkan minum air kosong
  • Lebih berkesan jika diambil vitamin C 

No comments:

Post a Comment