Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana Iblis datang mengganggu ketika sakaratul maut. Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan
memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir
hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika
sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut di susun menjadi
7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang
bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada
perdayaan syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan
berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta
sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang
di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada
barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di
waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan
lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah
tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam
sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti,
Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam
sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung
dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu
dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam
keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke
nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan
orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang
yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak
mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat
dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung,
maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak
mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah
meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan
lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah
tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai
rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika
hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan
dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu
itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan
nerakalah tempatnya.
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan
rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa
makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat
mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk
mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai
oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan
bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut
kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan
marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut
pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai
maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan
terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya
sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai
muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami
pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu
doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka
hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu
datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami
datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik,
tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam
sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah
seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan
telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah
disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu
patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun
memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada
di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi
tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut).
Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut
itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa
gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar
lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi
selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu
pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari
langit dan bumi.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis
terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati
Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak
(barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke
neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu
anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia
sakaratul maut.
Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang
yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan
dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh
mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith
yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang
hampir mati itu:"
Laa Ilaaha Illallah.”
No comments:
Post a Comment