I LIKE !! Jom Bermain Permainan Binakata Android



Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Untuk kali ini,admin ingin berkingsi dengan anda satu permainan adroid yang menguji minda. Ianya sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira muda ataupun tua.

Permainan ini memerlukan talian internet untuk bermain secara dalam talian namun anda boleh lagi bermain secara offline dengan menggunakan mode latihan. Apa-apa pun permainan ini sangat sihat untuk minda anda.Permainan ini amat baik untuk bermain bersama seisi keluarga di masa lapang menggunakan wifi di rumah.

Serba sedikit maklumat aplikasi android ini ialah BinaKata satu aplikasi permainan percuma berbahasa melayu yang dibawakan oleh syarikat Fugo kepada pengguna  Android. Ini bukan permainan teka-teki perkataan yang biasa anda main. BinaKata akan memerlukan masa tindak balas yang singkat serta kepintaran dan mata anda yang tajam untuk membina perkataan sebanyak yang mungkin berbanding pihak lawan dalam talian anda.

Jika anda mengaktifkan PRO  version, anda akan menerima faedah-faedah tambahan seperti: 10 saat waktu bermain tambahan dan nama samaran peribadi anda sendiri.

Seperti pada nama aplikasi ini, pemain perlu membina pelbagai perkataan daripada huruf-huruf yang diberikan. Ia dimainkan secara online, di mana pengguna akan bersaing dengan pengguna lain yang bermain permainan ini serentak. Permainan ini bukan sahaja sangat menarik dan mencabar bahkan ia boleh menambah kosa kata pengguna.



Pada permulaan permainan, pengguna akan diberi nama default iaitu TETAMU. Nama ini tidak boleh diubah sehingga pengguna mencapai tahap ke 4. Pemain boleh memilih 3 cabaran permainan iaitu Klasik, Rasional dan Idealis. Setiap cabaran ini mempunyai cara permarkahan yang berbeza walaupun template permainan adalah sama. Disebabkan BinaKata ini bermain secara online, pengguna perlu menunggu sekiranya permainan telah bermula.


Permainan dimulakan dengan pengguna diberi 16 huruf yang disusun secara 4×4. Perkataan dicari dengan menyeretkan jari di huruf-huruf tersebut untuk membina perkataan. Seretan tangan ini boleh pelbagai arah asalkan ia membentuk perkataan yang betul. 



Perkataan yang dibina juga boleh terdiri daripada 3 huruf sehingga boleh ke 9 atau 10 huruf. Perkataan yang berjaya dibina akan dipaparkan pada sebelah atas bahagian kiri skrin. Pengguna diberi masa 1minit 30 saat dalam setiap pusingan. Walau bagaimanapun, pada 10 saat terakhir, hanya pengguna versi Pro sahaja boleh meneruskan bagi membina perkataan.

 

Setelah tamat pusingan, BinaKata akan memaparkan semua perkataan yang boleh dibina di dalam pusingan itu dan seterusnya menunjukkan ranking pengguna bersama pemain lain. Permainan akan diteruskan sekiranya pengguna berminat meneruskan perjuangan.




BinaKata boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store.

Jika anda pernah bermain atau tengah bermain permainan ini please LIKE this post or share dekat facebook rakan anda. Ajak kawan-kawan anda bermain dan bersaing bersama untuk permainan binakata ini. 

Selamat Berjuang. 


Kredit : ohgeekz.com

2 comments:

  1. Anonymous7:57 AM

    For windows xde ke?

    ReplyDelete
  2. Rasanya tak ada.Syarikat Fugo hanya buat untuk aplikasi smartphone android.

    ReplyDelete