Jeruk Madu Pak Ali Kompleks Medan Suri Sungai Nibong Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Kali ini admin nak berkongsi satu tempat yang popular di Pulau Pinang iaitu Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong. Kebetulan pulak pada 19 Disember 2012 admin diarahkan untuk menghadiri kursus di Pulau Pinang di mana admin telah  bermalam di Hotel Seri Malaysia. Sebelum balik admin sempatlah jugak google map untuk mencari jeruk yang cukup terkenal di Pulau Pinang ini  untuk dijadikan buah tangan untuk keluarga dan rakan sekerja. 

Siapa yang tidak kenal dengan Jeruk Madu Pak Ali ni kan. Gerai yang admin pergi ni terletak dekat Kompleks Medan Selera Suri, Sungai Nibong berhampiran dengan stesen bas Sungai Nibong. Admin pun tidak biasa jalan di situ dengan google map dan Garmin akhirnya sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk buatan orang Islam yang dipasarkan secara menyeluruh ke seluruh Malaysia.  Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali ni telah bermula sejak tahun 1985.

Apa yang bagusnya Jeruk Pak Ali ini dibuat menggunakan cuka epal dan madu lebah asli. Jeruk Madu Pak Ali tidak menggunakan ibu gula yang dipanggil sebagai SAKARIN tetapi menggunakan gula biasa. Sakarin ini yang menyebabkan kebanyakkan pelanggan yang makan jeruk akan batuk atau sakit tekak sejurus selepas memakan jeruk tersebut. Macam-macam jeruk madu yang dijual di kedai Pak Ali ni. Ada buah mangga, kedondong, betik, kelubi dab buah salak. Sebelum nak beli boleh rasa dulu jeruk mana yang berkenan di tekak. Ada tempat disediakan untuk rasa. Lepas tu barulah boleh buat pilihan mana yang nak beli.






No comments:

Post a Comment