Bolehkah Berkahwin Dengan Lelaki Pernah Berzina ?

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Admin ingin tertarik dengan soalan berkaitan bab kahwin dan ingin berkongsi dengan anda semua. Semoga ianya memberi manafaat pada anda dalam mencari teman hidup yang dapat memberi bimbingan ilmu agama dan kesejahtraan di dunia dan di akhirat.Bahawasanya cinta itu buta,dalam pemilihan calon teman hidup telah digariskan dalam islam ciri-cirinya.Tetapi sejauh manakah masyarakat masakini mencari teman bersandarkan garis panduan yang telah dinyatakan. Ini kerana punca berlakukan banyak penceraian adalah berpunca pasangan tidak menjaga solatnya.Jadi dalam hal ini,akhlak dan amalan agama seseorang dilihat cukup penting memastikan suatu perkahwinan itu akan kekal ataupun tidak.
 
Soalan
Saya merancang untuk bertunang dengan jejaka pilihan hati tidak lama lagi. Tetapi saya telah bertemu dengan seorang sepupunya yang menceritakan bahawa bakal tunang saya itu pernah terlanjur dengan bekas teman wanitanya. Sepupunya itu mengetahui perkara tersebut setelah diceritakan oleh bakal tunang saya itu, yang kononnya telah insaf dan mahu bertaubat.?

Sekarang saya berasa ragu-ragu yang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Selain memang menyayanginya, saya juga memikirkan faktor umur yang sudah masuk 30 tahun sekarang ini. Jika saya tidak berkahwin dengannya, tentu susah pula saya hendak mencari orang lain. Tetapi jika saya berkahwin dengannya, bererti saya berkahwin dengan orang yang pernah berzina. Adakah saya patut menerimanya atau membatalkan pertunangan tersebut. Harap ustaz dapat menolong.

- Risau, Kulai.
Jawapan Ust Zaharuddin
Bab perkahwinan bukannya perkara yang boleh di cuba-cuba, jangan kerana umur maka digadaikan agama dan masa depan keluarga saudari.Lelaki yang telah berzina sememangnya telah melakukan kesalahan yang maha besar, tetapi saudari masih tidak boleh mempercayai maklumat sepupunya dengan mudah tanpa penyelidikan. Allah SWT mengrahkan kita aagar menyelidik sebarang berita teruatamanya yang berat seumpama ini. 

( Rujuk surah al-Hujurat ayat 6 )
Ingatlah perkahwinan adalah suatu keputusan yang besar., Erti hadith: "Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain" ( Al-Hakim : Shohih menurut Al-Hakim dan Ibn Hajar, Talkhis al-Khabir, 2/16 ; Dhoif menurut As-Suyuti, Al-Jami' as-Shoghir , 2/168) 

Kriteria lelaki yang ingin dijadikan suami adalah amat penting bagi isteri kerana ia akan mencorakkan sesebuah keluarga, justeru, ciri-ciri yang disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith wanita pilihan iaitu : mengutamakan agama dari kecantikan, keturunaan dan harta juga terpakai untuk wanita mencari lelaki.(dari hadith shohih riwayat al-Bukhari dan Muslim). Cuma hadith banyak menekankan cirri wanita kerana biasanya lelaki yang mencari dan memilih wanita (Nizom al-Usrah, 1/ 168)

Dalam hal kriteria bakal suami yang telah berzina 
Beberapa ayat berikut boleh dijadikan pedoman :
a)Firman Allah : " Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.' ( An-Nur : 3)
b) Firman Allah : " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( An-Nur : 26 )
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.
Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. ( Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah )



Bagaimanapun, perkara berikut perlu dilakukan:-

a- Selidiki maklumat yang diberikan oleh sepupu. Dalam Islam hal berat seumpama ini tidak boleh dipercayai tanpa 4 saksi atau pengakuan si lelaki.
b- Selidiki akhlak lelaki tersebut dengan teliti sebelum membuat keputusan, jangan terburu-buru membuat keputusan walaupun umur sudah sedikit lanjut. Apa yang penting adalah suami yang baik. Benar, ia boleh bertaubat, dan harus di beri peluang, tetapi perlulah di pastikan taubatnya terbukti dengan amalan soleh yang dijaganya berbading dahulu, sekiranya tidak, pada hemat saya, seseorang yang telah sekali melakukan dosa zina, dengan mudah sahaja ia akan terjebak semula jika tiada ilmu dan taubat yang bersungguh-sungguh.
Lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya. Moga Allah memberikan petunjuk yang jelas dan baik untuk saudari. Wallahu a'lam
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment