Simptom kanak-kanak alami dehydration
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini admin ingin berkongsi pengalaman tentang
anak admin yang berumur 3 tahun yang mengalami demam, cirit-birit dan
muntah-muntah. Walaupun pada mulanya admin anggap cuma demam biasa tetapi
apabila anak admin mula susut berat badan dan keadaan tidak bermaya menjadi
admin agak risau.Admin telah bawa jumpa doktor dan diberi ubat antibiotik, ubat
demam dan air garam.
Admin sebenarnya bimbangkan kerana setiap apa yang
dijamahnya akan muntah balik. Ditambah pulak dengan cirit birit yang dialaminya
menampakkan beratnya kelihatan menyusut dan juga bibirnya nampak kekeringan. Admin berdoa agar
anak admin akan cepat sembuh. Admin ada buat google di internet untuk maklumat
tambahan berkaitan cirit-birit,demam dan munta-muntah di kalangan bayi/kanak-kanak. Maklumat ini penting bagi ibubapa muda yang baru menimbang cahaya mata dan tiada pengetahuan dalam kanak-kanak. Apa yang ingin admin sampaikan kepada anda adalah :-
Ini berdasarkan guideline yang diberikan oleh
seorang Paedetrician (doktor pakar kanak-kanak) yang admin jumpai hasil google di internet. Dia kata guideline yang dia bagi tu bukan
semua doktor tahu especially jika kita pergi jumpa doktor di klinik biasa. The
guidelines adalah seperti berikut :-
JANGAN BERI ANAK ANDA !!!!
- minum susu berlaktosa
- makanan/minuman bersusu seperti milo, biskut Tiger, coklat dll
- makanan/minuman bersantan seperti cendol, nasi lemak dll
- makanan berminyak
- makan buah-buahan dan jus
- makan makanan pedas atau masin
5 perkara "jangan" di atas adalah
makanan/minuman yang menggalakkan penghadaman makanan yang mana tidak
sepatutnya berlaku apabila anak sedang cirit-birit. Perkara "jangan"
yang terakhir adalah kerana bagi mengelakkan buasir/buasir sedia ada dialami
semakin teruk.
Guideline di atas adalah untuk sementara waktu
sahaja. Lepas anak dah fully recover bolehlah minum semula susu asalnya dan
makan/minum benda-benda yang perlu dielakkan tadi.
Apa-apa pun moral of the story, pastikan anda semua ambil serius kalau anak anda berak cair atau cirit-birit dan muntah-muntah sebab cenderung dapat
dehydration atau kekeringan air dalam badan yang melampau. Tambahan lagi, kalau dia tak
nak makan atau minum.
Bagaimana hendak tahu kanak-kanak mengalami simptom kekeringan air dalam badan atau tak?
- Kanak-kanak akan kelihatan susut berat badan.
- Mereka akan kuat minum tapi bila dah terlalu kering, minum pun dah tak larat.
- Kanak-kanak tu akan nampak tidak aktif, lemah, suka tidur je.
- Matanya akan cengkung atau termasuk ke dalam
- Apabila bayi atau kanak-kanak tu menangis, air matanya kurang atau langsung takda.
- Kulit, bibir dan lidahnya akan kelihatan kering
- Air kencing dia kurang dan warna pekat kekuningan
- Tangan dan kaki dia sejuk bila dah terlampau kering
Kesan apabila kanak-kanak mengalami Dehydration yang melampau tanpa rawatan adalah MAUT.
Bayi ini meninggal dunia akibat Dehydration
|
No comments:
Post a Comment