Tips Cara Untuk Menjimatkan Minyak Petrol Kereta

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Seperti yang kita tahu, sekarang harga minyak dunia makin melambung.Manakala harga minyak di Malaysia tengah tunggu masa untuk naik lagi mungkin kerajaan pun tengah serba salah nak naikkan sekarang ke, atau tunggu lagi....takut rakyat mengamuk...almaklumlah pilihanraya tunggu masa jer.

Dalam keadaan sebegini, apakah langkah-langkah kita....antara kaedah yang digunapakai oleh sebilangan orang adalah, dengan berkongsi kereta...ada yang mula kongsi kereta dengan kawan-kawan, jiran-jiran...ada pula yang sebelum ni tak pernah-pernah kongsi kereta dengan hubby/wife masing-masing, dah mula berjinak-jinak berkongsi kereta



Posting kali ini aku nak kongsi tips atau panduan nak jimat minyak yang aku selalu praktikkan. Kekadang tu tak semuanya aku ikut, tapi bila dah ada panduan ni, aku selalulah beringat terutama di tengah-tengah bulan bila duit dalam poket dah mula kering.


Isi minyak sebaiknya pada waktu malam hari. 
Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang diisi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya.

Isikan minyak sehingga tangki penuh. 
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.
Biasakan memandu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kelajuan 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. 
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

Angin tayar perlu sentiasa diperiksa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. 
Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

Kurangkan penggunaan penghawa dingin. 
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

Kurangkan beban kereta. 
Barang-barang yang tidak perlu dalam kenderaan perlulah dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan. Mengikut kajian, penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.


Diharap tips dan nasihat ini boleh membantu dalam menjimat penggunaan petrol kenderaan anda.

No comments:

Post a Comment