Aura 'Gangnam Style' Mendapat Sambutan Luar Biasa Di Seluruh Dunia

Tarian Kuda
Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Tarian kuda @ gangnam style" menjadi popular saat ini di Malaysia.  Apa yang Admin dapat maklumat dari pakcik Google iaitu tarian gangnam style ini adalah milik kepada penyanyi dari Korea iaitu Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho) iaitu lagunya yang berjudul Gangnam Style mendapat sambutan hangat terutamanya dari peminat genre k-pop.

Mendapat lebih 80 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Julai lalu, lagu yang dibawakan oleh Psy itu bukan saja mendapat perhatian masyarakat biasa, Lagu berkenaan bukan saja mendapat perhatian dari masyarakat Asia, malah Negara seperti United States, England dan Perancis turut memperkatakan tentangnya. Lagu dan video klip Psy amat menarik.muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari Girls Generation, Hyuna.
Penyanyi Park Jeasang

Ternyata selepas kehadiran beberapa kumpulan muzik Korea seperti Wonder Girls, Super Junior, Girls Generation dan The Big Bang Theory, kini Psy mengambil tempat dihati pengemar muzik Korea malah lebih membanggakan apabila Psy bergerak sebagai penyanyi solo.

 


Admin telah melihat klip video ini,ianya rancak dan bertenaga dan  memenuhi citarasa untuk golongan muda masakini.Apapun aura gangnam style akan membawa dimensi baru kepada kepelbagaian jenis tarian yakni sebelum nie kita pernah disajikan dengan tarian chicken dance mungkin akan datang ada tarian baru yang berasaskan binatang lain akan menyusul selepas ini. Apa-apapun kita sama-sama tunggu dan lihat.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENARI IKUT GAYA GANGNAM STYLE



Sila "share" dan "like" jika anda penggemar " Gangnam Style ".

No comments:

Post a Comment