Bakteria Yang Hidup Dalam Mulut Manusia Boleh Membunuh


Assalamualaikum...
Sejenis bakteria yang berada dalam mulut didakwa mampu membunuh jika ia memasuki saluran darah, menurut penyelidikan saintis di Switzerland.

Penyelidik mendapati sejenis bakteria yang dipanggil Streptococcus tigurinus, boleh memasuki saluran darah walaupun jika gusi berdarah.

Hasil kajian yang dilakukan terhadap seorang pesakit, mendapati bakteria dalam darah pesakit itu menyebabkan dia diserang endokarditis (radang jantung), meningitis dan spondylodiscitis (radang tulang belakang).

Kajian yang diketuai Dr Andrea Zbinden dari Universiti Zurich itu diterbitkan dalam International Journal of Systematic and Evolutionary Microbiology.
Koloni Streptococcus Tigurinus

Zbinden berkata, mereka kini sedang melakukan kajian lanjut mengenai serangan bakteria tersebut supaya ia dapat dirawat segera.

Sumber: Sinar Harian

Kesimpulan penjagaan gigi dan mulut adalah penting bagi menjamin kesihatan.Gunakan ubat gigi yang terbaik yang memberi perlindungan kepada gigi anda.

No comments:

Post a Comment