Matikan lampu hanya selama 1 jam pada 31 Mac 2012 jam 8.30 malam

Jom support Earth Hour...


Jangan lupa Earth Hour 2012 akan dilaksanakan pada 31 Mac 2012 jam 8.30 malam selama hanya 1 jam sahaja.


Earth Hour lebih untuk meningkatkan kesedaran orang ramai. Bukanlah sekadar mematikan lampu selama sejam dalam setahun, bahkan ada matlamat lebih dari itu, sebagai suara untuk memelihara bumi bagi masa depan alam sekitar yg lebih baik.......


Earth Hour 2009 menyebabkan rekod penggunaan pengguna Malaysia merosot sebanyak 550 Mwh, anggaran 14 juta lampu fluorescent 40 Watt dipadamkan dalam tempoh 1 jam tersebut....lebihkurang RM165 ribu! 550Mwh dikatakan boleh menghasilkan pembebasan 312 ton CO2.

Earth Hour 2010 pula hanya menyebabkan rekod penggunaan pengguna Malaysia merosot sebanyak 203 Mwh, anggaran 5.2 juta lampu fluorescent 40 Watt dipadamkan dalam tempoh 1 jam tersebut....lebihkurang RM 61 ribu sahaja! 203 Mwh selari dengan pembebasan 115 ton CO2.

Kempen 2010 kurang mendapat publisiti dari MEDIA.

Earth Hour 2011 telah dilaksanakan pada 26 Mac 2
011 jam 8.30 malam selama hanya 1 jam.










No comments:

Post a Comment