Keputusan Semasa Lee Chong Wei vs Chen Long di Kejohanan Badminton Maybank Terbuka Malaysia 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…





Impian kemenangan Juara untuk Kejohanan Terbuka Malaysia 2012 terbuka luas. Ditambah dengan sokongan kuat dari penyokong negara.Sebelum mara ke separuh akhir,Datuk Lee Chong Wei telah menundukkan rakan karib dari Indonesia, Taufik Hidayat 21-9, 21-18 di suku akhir di Stadium Putra Bukit Jalil.


Perlawanan separuh akhir perseorangan Badminton Maybank Terbuka Malaysia 2012 menemukan pemain Malaysia Datuk Lee Chong Wei dengan pemain China Chen Long. Perlawanan ini pasti dinantikan memandangkan Cheng Long merupakan antara pemain yang menjadi badi bagi Datuk Lee Chong Wei pada tahun lepas.



Keputusan Semasa Lee Chong Wei vs Chen Long 
Set 1 : 21-18
Set 2 : 17-21
Set 3 : 21-13


Walaupun terpaksa berhempas pulas sehingga memaksa Chen Long untuk bermain di set penentuan. Namun Datuk Lee Chong Wei dilihat tidak begitu tertekan untuk menumpaskan lawannya dengan berbekalkan semangat ribuan penonton yan hadir memberi semangat kepadanya.Datuk Lee Chong Wei berjaya menumpaskan Chen Long.


Yang tersurat, Datuk Lee Chong Wei akan ke perlawanan akhir menentang Kenichi Tago, pemain dari Jepun pada esok hari. Semoga mampu menang dalam kejohanan badminton Terbuka Malaysia untuk kali ke 8. Yang tersirat,aku kesian tengok Datuk Lee Chong Wei seorang saja yang membawa misi kemenangan bagi perseorangan lelaki.


Masih tiada pelapis muda yang mampu untuk bersama-sama  mengalas misi negara.Nampaknya kita terlalu mengharapkan individu tertentu tanpa mencari alternatif lain. Nampak gaya kita akan ketandusan pemain persorangan terbaik dunia apabila Datuk Lee Chong Wei bersara kelak sekiranya langkah untuk mencari bakat-bakat muda tidak dimulakan dari sekarang.


Sekian.

No comments:

Post a Comment